Sila buat temujanji dengan Puspakom terdekat dengan anda.
Boleh cuba juga puspakom mobile
Bayaran RM31.80 kalau tak salah..kalau guna runner biasa caj dalam RM150 😅
Sila bawa bersama geran asal (original) dan pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik.
TERBARU,,,
Urusan Puspakom anda perlu buat apointment dahulu dengan Puspakom...
klik di sini
https://www.mypuspakom.com.my
https://www.mypuspakom.com.my/Home/Index
antara penyebab kena reject
- cermin gelap
- tayar botak
- brek tak makan
- body Sambung..
- kereta kotor pun kadang kadang kena reject :P
Bila puspakom dah lulus, boleh buat urusan seterusnya...TUKAR NAMA....ingat mesti buat dalam tempoh masa 30 hari,,,kalau tak kena beratur buat inspection sekali lagi
pembeli & penjual kena la pergi JPJ buat thumb print....dalam masa 7 hari kena buat tukar nama..kalau tak..thumb print sekali lagi....😥
sebelum pergi JPJ buat tukar nama tu,,pastikan anda dah buat insurans baru atas nama pembeli...
nak buat quotation dulu boleh klik DI SINI
kalau setuju dengan harga tu...boleh terus ON aje..payment boleh guna kad kredit atau pay pal atau pun M2U..mudah...sambil baca ni pun anda boleh buat insurans sendiri
anggaran kos
- Puspakom RM40
- Insurans bergantung pada jenis kereta/sum insured (dari RM500-RM2000)
- bayaran tukar nama JPJ RM100 kalau kereta tu dah habis hutang
sebenarnya owner dan pembeli tak semestinya pergi JPJ sekali...asing2 pun boleh...tapi mesti dalam masa 7 hari slps thum print kena buat tukar nama. atau JPJ negeri lain pun boleh....
LAST SEKALI...kalau anda ada masalah atau pertanyaan...call saja kami...012-345 3484
khidmat nasihat & quotation percuma...
jika anda ada pengalaman atau ada apa point nak tambah sila bagi pendapat di komen...
No comments:
Post a Comment